Sunday 15 November 2015

My Precious Petunia.

Sebelum ni ..tak tau pun..macam mane nak tanam pokok bunga petunia ni, gara-gara mata hakak ni laa gatai naw nak tengok bunga di celah -celah tingkap yang tak berapa besor, biase lee.. hakak duduk atas angin.tak tinggi mane tingkat tiga je:3...Laman tara..tingkap pun jadi


laa..hehe..








pokok ni pun paling lama bertahan ada la dalam 3 bulan.Suka warna bunganye..meriah dan rimbun berjuntai-juntai. Bila tempoh pokok dah nak kiok..pakat dengan laki g nursery beli la..lama-lama dari 2 pasu dah jadi berpasu-pasu.Jadi pasu yang lama hakak tanam pokok pegaga pulak letak kat tingkap bilik stor , tak makan pun buat jamu mata iolls je dan ada yang tanam pokok cili ngan daun kunyit.Biasa dijual dengan harga RM14 sepasu.Lama-lama dah banyak bekas pasu ni..baru laa..timbul idea macam mana nak try tanam pokok petunia.Start la menggoggle..rupa-rupa senang bebenor!! you all.

meh i tell you..nampak tak kat pod atau kelonsong kelopak yang kering tu? dalam tu penuh biji- biji yang sangat halus.Haaaa itu lah biji benih nyerr..



Berasal daripada negara Eropah,Perkataan petunia berasal dari bahasa Perancis iaitu Petun iaitu tembakau kerana mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dengan tembakau. Petunia banyak ditanam di Malaysia dalam berbagai variasi warna.Biji benih petunia elok semai masa hujan kerap bertandang. Kalau tiada hujan dan panas, sifat bersabar paling bagus.Biji benih petunia walaupun halus dia tahan lama..boleh simpan dalam bekas untuk stok.


ada bermacam warna..tapi yang selalu jumpa warna striking pink,purple, kuning dan light pink.


yang belang-belang pun ada.




main campak-campak..dah tumbuh ni kat tingkap bilik tidur, yang kecik-kecik tu ada la dalam 4 pokok ,yang anak pokok tu tumbuh dalam pasu asal induk dia , transfer dalam bekas tray ni..kurang assam betui laki aku ni..ada ke dibuang kuku dalam bekas bunga ingat apa nak buat baja ke!??


cer tengok ni ..yang mak hakak punya..meremut anak pokok dia. ni dari idea hakak..>angkat kening laju-laju<(bagus tak idea anakanda.. ) dah tau cara-cara tanam pokok bunga petunia..tak de lagi nak buang duit kat nursery.sendiri tanam selamat duit hakak n mak hakak..hehehe






ni dari jendela ibunda ku...meriah dengan petunia juga..

Monday 9 November 2015

Deko-Deko Ruang Tamu dengan ketapang brazil aka ficus lyrata ^-^

Pokok bukan sahaja menyerikan rumah. Malah, mereka mengindahkan dan memberi warna kepada deko rumah serta membawa sedikit sentuhan alam semulajadi ke ruang tamu. Pokok hiasan di rumah juga boleh membersihkan dan meningkatkan kualiti udara, menjadikan rumah, tempat yang lebih sihat untuk dihuni. Jika inginkan wangian tambahan, sembur Febreze Blossom & Breeze di sekitar rumah. Tiada apa yang lebih menyenangkan dari bau bunga yang harum dan ringan.
Terdapat banyak pokok hiasan dalam rumah yang memerlukan penjagaan yang minima. 

Salah satu yang berkenan dihati ialah,pokok biola cantik/ketapang brazil atau fiddle leaf fig aka ficus lyrata, berdaun tebal, keras, berwarna hijau tua dan berkilat.
Hidup persekitaran panas, lembap dan cerah.



Contoh hiasan untuk dekorasi ruang tamu yang unik! I LOIKEE :) 





Bermula la episod mencari pokok ni di nursery..ahak ahak..



tempat yang sesuai diletakkan mungkin disini,syiok nye hijau biji mata memandang.....


suke x suke x..;p