Tuesday 5 May 2015

Tiada rotan, hanger pun berGuna juga untuk melibas sedas dua)

Di rumah memang ada sebatang rotan yang bahagian hujungnya sudah pun pecah. Tetapi rotan tu tidak pernah di gunakan untuk merotan anak (iman). Bunyi rotan yang aku sebatkan ke dinding dan lantai sudah cukup membuat anak aku gerun. Sehingga ada kalanya kerenah si iman buat aku nak gelak besar..dia diam diam ambik rotan tu buang ke tingkap, nasib baik aku perasan..apa lagi suruh ayahnye.. kutip balik..gigih si ayah turun (rumah tingkat 3) gi kutip di celah-celah rumput, nasib tak masuk dalam longkang..sabor jerk.. . 

rotan.......disisi, biar iman gerun.. klu tak main jerk.

tapi takde niat langsung nak merotan Sekadar ‘mengertak’ saja. Kalau marah setakat bising mulut, tapi kalau anak mcm tak mendengar kata, apa lagi capai rotan... mencicit ko larik... 
tau pun takut. 

Terkenang mase kecik..mak pun bole tahan nakal jugak..selalu gak kena libas, opah ko lagi hardcore pakai hanger, klu takde hanger ..tali pinggang ...akibat kerap kena ..deria rasa dah kebal..lek je mak kena pukui..hehehe, mase kecik mak suke sangat merayap..lepak rumah orang (tak malu kan :3 ..) 

Rasulullah juga ada menggantungkan rotan di dinding rumah baginda.

Hadith Berkaitan Menggantung Rotan Di Rumah

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:
Dari Ibnu Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda,
“Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah”
[Silsilah Shahihah no 1446].

Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah kerana itu bermanfaat untuk mendidik mereka”
[Silsilah Shahihah no 1447]

sebagai hiasan pun cun.. (gambar En.Hamka punya)

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

ni pu cun gak sebagai deco rumah..hehe klu rotan dah ghaib (gambar En.Hamka punya jugak :p)

Dan merotan pun ada caranye..bukan sesedap rase nak rotan ok.

Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:
i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.
Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)Dan merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun
Sabda nabi:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر
(Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)

Bagi pendapat aku, tidak salah menyimpan rotan dan mengunakan keatas anak setakat untuk mengajar mereka menjadi lebih baik dan menjadi orang yang Berjaya dalam hidup mereka.

Bak pepatah En.Hamka (blogger keretamayat)
Anak ibarat kain putih, jangan tersilap conteng, nanti bila besar, andai korang berkulit putih, mereka akan menconteng arang ke muka mak bapak, dan andai korang berkulit hitam, mereka akan mencoteng muka mak bapak dengan kapur-woha!

Tapi jangan la rotan sampi cedera parah..alamat ke lokap lah ko..jangan main-main sekarang dah ada akta!