Wednesday 30 December 2015

Peluh berlari laju ^_^

Ini bukan tajuk lagu atau segmen sains bagaimana peluh terhasil.HAHAHAHAHA tapi aku dah boleh imagine..bagaimana berpeluh nyer menyiapkan persiapan Heroku ke sekolah. Ini adalah pengalaman pertama Iman bersekolah dan pengalaman pertama aku juge ada anak yang bersekolah ekekeke.Cepatnyer masa berlalu.. pejam celik pejam celik, bulan depan iman dah 5 tahun.Kami hantar iman sekolah kebangasaan islam Az-Zahra, ialah di usia yang muda tulah kita nak bentuk anak2 kita menjadi anak yang soleh, lancar membaca ayat2 Al-Quran dan faham maksud.Agar ilmu akhirat dapat menguasai ilmu duniawi. Macam peribahasa melayu Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Perasaan bercampur baur.
- gembira  (anak dah mula sekolah dan akan belajar.Selama ini mak ko ajar sampai keluar anak tekak. Ko main-main jek..mak jadi hulk baru nak sebut betul-betul.
- Sedih (iman dah besar ,cepatnyer... masa berlalukan)
- Teruja (nak tengok bagaimana keadaan iman di sekolah nanti, teringat masa aku sekolah darjah satu.masa tadika tak ingat pulak...Emak bapak orang tunggu kat luar kelas,intai anak-anak kat dalam kelas, ada yang menangis.Akuuu elek jer...aku nampak ayah aku intai kat tingkap ada laa..dalam 3 minit aku toleh dah hilang..Aku still rilek huhuhu..Memori zaman sekolah tak berapa ingat..ada time-time jer..tu laa..tertelan semut banyak sangat kot...asyik lupa jerk.makan kismis pun skip2 memang x jadi ape.mak dah kertuuu.apa pun tak bole...

Ini adalah time table persedian Iman ke sekolah 4 Januari 2016 (untuk aku & Iman)

Day 1 >>>>dan hari2 berikutnyerr..
05:00 :bangun Tido, harus bangun awal nanti tak sempat nak buat bekal iman, kata nak
          buat Bento (Lunch Box) muahihihi ..gigih mak ko kan (selalunyer jangan harap la nak                     bangun time cam gini.walaupun set time 05:30 tapi tangan otomatik tutup alarm hp.akhirnyerr 06:40              baru nak bangun.lepas tu laju2 mandi laju2 solat, laju2 iron baju & laju2 pakai baju HAHAHAA hampeh                   tul mak ko kan iman! )
05:30 :prepare bekal untuk iman..menu simple-simple jer..(nasi putih,telur dadar,hotdog             goreng,sayur timun & tomato ceri) menu akan bertukar-tukar ikut kerajinan mak k hehehe..
06:00 :Mandi...lalalala
06:20 :Solat 
06:40 :Mandikan iman...harap2 iman senang bangun pagi..tangan kat bahu mata kat atas.
            kalu ko payah bangun siap la ko mak kerjekan ko OK!!!!!!!!
07:15 :Siapkan iman (baju sekolah dah siap2 gosok)& Siap2kan aku sekali..kasi letak                                     minyak rambut,sikat rambut, sapu bedak kasi kulit mulus, perfume... harus wangi2 nanti mak nak                   cium iman.Handsome anak mak kannn..
07:30 :Standby-isi minyak iman -buat milo tarikk suam2 untuk iman- kasi tenaga k (^ 0^)
07:40 :Tunggu pakcik kassim - driver van sekolah iman
07:45-
07:50 :Tatata..Tata anak emak (muahaha mak sedang verangan ala2 miss universe yang                salah announcement tu)..sambil lap mata...sedih...nanti tunggu mak ngan ayah disana kami               akan menyusul kemudian.

Tak tau macam nak set paragraph..bila preview jadi terabur ..Ah Lantak la ko LaBuu..jadi sape2 baca pandai2 la ekk..Eh ada ke orang baca
MuaHAHAHAHAHA....





ini contoh Bento yang akan ku buat untuk anak tersayang..lap peluh laju2...macam senang jerrrr..


yang ni kena asah skill dulu....berpeluh ko pagi2 bute nak buat cam gini!


comel jer telor rebus tu..^-^"

yang ni pun comel gak..

Usaha tangga kejayaan...mak akan stanby tuala good morning sebab nak lap peluh hehehe..mesti kalut mak ko ni..  Moga berhasil apa yang dirancangan.Semoga iman jadi anak yang bijak dan happy dengan environment sekolah dan makan makanan yang berkhiasat special made dari air tangan mak..love u iman..

pst: berapa banyak peluh daaaa...








Sunday 15 November 2015

My Precious Petunia.

Sebelum ni ..tak tau pun..macam mane nak tanam pokok bunga petunia ni, gara-gara mata hakak ni laa gatai naw nak tengok bunga di celah -celah tingkap yang tak berapa besor, biase lee.. hakak duduk atas angin.tak tinggi mane tingkat tiga je:3...Laman tara..tingkap pun jadi


laa..hehe..








pokok ni pun paling lama bertahan ada la dalam 3 bulan.Suka warna bunganye..meriah dan rimbun berjuntai-juntai. Bila tempoh pokok dah nak kiok..pakat dengan laki g nursery beli la..lama-lama dari 2 pasu dah jadi berpasu-pasu.Jadi pasu yang lama hakak tanam pokok pegaga pulak letak kat tingkap bilik stor , tak makan pun buat jamu mata iolls je dan ada yang tanam pokok cili ngan daun kunyit.Biasa dijual dengan harga RM14 sepasu.Lama-lama dah banyak bekas pasu ni..baru laa..timbul idea macam mana nak try tanam pokok petunia.Start la menggoggle..rupa-rupa senang bebenor!! you all.

meh i tell you..nampak tak kat pod atau kelonsong kelopak yang kering tu? dalam tu penuh biji- biji yang sangat halus.Haaaa itu lah biji benih nyerr..



Berasal daripada negara Eropah,Perkataan petunia berasal dari bahasa Perancis iaitu Petun iaitu tembakau kerana mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa dengan tembakau. Petunia banyak ditanam di Malaysia dalam berbagai variasi warna.Biji benih petunia elok semai masa hujan kerap bertandang. Kalau tiada hujan dan panas, sifat bersabar paling bagus.Biji benih petunia walaupun halus dia tahan lama..boleh simpan dalam bekas untuk stok.


ada bermacam warna..tapi yang selalu jumpa warna striking pink,purple, kuning dan light pink.


yang belang-belang pun ada.




main campak-campak..dah tumbuh ni kat tingkap bilik tidur, yang kecik-kecik tu ada la dalam 4 pokok ,yang anak pokok tu tumbuh dalam pasu asal induk dia , transfer dalam bekas tray ni..kurang assam betui laki aku ni..ada ke dibuang kuku dalam bekas bunga ingat apa nak buat baja ke!??


cer tengok ni ..yang mak hakak punya..meremut anak pokok dia. ni dari idea hakak..>angkat kening laju-laju<(bagus tak idea anakanda.. ) dah tau cara-cara tanam pokok bunga petunia..tak de lagi nak buang duit kat nursery.sendiri tanam selamat duit hakak n mak hakak..hehehe






ni dari jendela ibunda ku...meriah dengan petunia juga..

Monday 9 November 2015

Deko-Deko Ruang Tamu dengan ketapang brazil aka ficus lyrata ^-^

Pokok bukan sahaja menyerikan rumah. Malah, mereka mengindahkan dan memberi warna kepada deko rumah serta membawa sedikit sentuhan alam semulajadi ke ruang tamu. Pokok hiasan di rumah juga boleh membersihkan dan meningkatkan kualiti udara, menjadikan rumah, tempat yang lebih sihat untuk dihuni. Jika inginkan wangian tambahan, sembur Febreze Blossom & Breeze di sekitar rumah. Tiada apa yang lebih menyenangkan dari bau bunga yang harum dan ringan.
Terdapat banyak pokok hiasan dalam rumah yang memerlukan penjagaan yang minima. 

Salah satu yang berkenan dihati ialah,pokok biola cantik/ketapang brazil atau fiddle leaf fig aka ficus lyrata, berdaun tebal, keras, berwarna hijau tua dan berkilat.
Hidup persekitaran panas, lembap dan cerah.



Contoh hiasan untuk dekorasi ruang tamu yang unik! I LOIKEE :) 





Bermula la episod mencari pokok ni di nursery..ahak ahak..



tempat yang sesuai diletakkan mungkin disini,syiok nye hijau biji mata memandang.....


suke x suke x..;p

Thursday 13 August 2015

Mari buat tshirt sendiri


bahan-bahan yang diperlukan (cam masak la plak):~

  1. Silk ScreenRubber dye/ink *fabric dye boleh jugak tp x berapa lawa ler (x timbul)

  2. squeegee (penarik)

  3. Photo emulsion

  4. Silk Screen (kain nylon /kain saring ye la kut)

  5. software untuk design illustrator atau paint pun boleh :p


langkah-langkah:~

  1. design logo atau gambar - pastikan warna hitam dan putih ... pastikan design d print pada plastik a4 atau kertas A4.. (kertas= kena potong yg mana x nak.. plastik= xyah buat aper2)(design=hitam bg=putih)

  2. sapukan emulsion pada silk screen kemudian keringkan didalam bilik gelap... x kisahlah bilik atau aper janji gelap :p

  3. setelah kering ambil design td letakkan pada silk screen tersebut dan dedahkan pada cahaya lbh kurang 1/2jam kut...

  4. seleapas 1/2 jam lalukan air pada silk screen tersebut dan design akan tertanggal dan yang terkena cahaya akan tinggal disitu...:p

  5. dah ble print da yeaaaaa....cara nak print lak letak silk screen kat baju kemudian letakkan rubber dye atau fabric dye kat tempat yg tiada design dengan menggunakan Squeegee tarik dye tersebut kebawah secara perlahan dan pastikan warna kena pada semua tempat design (yg ingin diwarnakan)

  6. tarik lagi sekali dengan mengenakan tekanan sedikit padanya..dan angkat silk screen tersebut dah siap.....

  7. pastikan baju kering dahulu sebelum menggunakannya...:p















Tuesday 5 May 2015

Tiada rotan, hanger pun berGuna juga untuk melibas sedas dua)

Di rumah memang ada sebatang rotan yang bahagian hujungnya sudah pun pecah. Tetapi rotan tu tidak pernah di gunakan untuk merotan anak (iman). Bunyi rotan yang aku sebatkan ke dinding dan lantai sudah cukup membuat anak aku gerun. Sehingga ada kalanya kerenah si iman buat aku nak gelak besar..dia diam diam ambik rotan tu buang ke tingkap, nasib baik aku perasan..apa lagi suruh ayahnye.. kutip balik..gigih si ayah turun (rumah tingkat 3) gi kutip di celah-celah rumput, nasib tak masuk dalam longkang..sabor jerk.. . 

rotan.......disisi, biar iman gerun.. klu tak main jerk.

tapi takde niat langsung nak merotan Sekadar ‘mengertak’ saja. Kalau marah setakat bising mulut, tapi kalau anak mcm tak mendengar kata, apa lagi capai rotan... mencicit ko larik... 
tau pun takut. 

Terkenang mase kecik..mak pun bole tahan nakal jugak..selalu gak kena libas, opah ko lagi hardcore pakai hanger, klu takde hanger ..tali pinggang ...akibat kerap kena ..deria rasa dah kebal..lek je mak kena pukui..hehehe, mase kecik mak suke sangat merayap..lepak rumah orang (tak malu kan :3 ..) 

Rasulullah juga ada menggantungkan rotan di dinding rumah baginda.

Hadith Berkaitan Menggantung Rotan Di Rumah

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:
Dari Ibnu Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda,
“Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah”
[Silsilah Shahihah no 1446].

Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah kerana itu bermanfaat untuk mendidik mereka”
[Silsilah Shahihah no 1447]

sebagai hiasan pun cun.. (gambar En.Hamka punya)

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

ni pu cun gak sebagai deco rumah..hehe klu rotan dah ghaib (gambar En.Hamka punya jugak :p)

Dan merotan pun ada caranye..bukan sesedap rase nak rotan ok.

Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:
i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
ii. Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.
Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)Dan merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun
Sabda nabi:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر
(Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)

Bagi pendapat aku, tidak salah menyimpan rotan dan mengunakan keatas anak setakat untuk mengajar mereka menjadi lebih baik dan menjadi orang yang Berjaya dalam hidup mereka.

Bak pepatah En.Hamka (blogger keretamayat)
Anak ibarat kain putih, jangan tersilap conteng, nanti bila besar, andai korang berkulit putih, mereka akan menconteng arang ke muka mak bapak, dan andai korang berkulit hitam, mereka akan mencoteng muka mak bapak dengan kapur-woha!

Tapi jangan la rotan sampi cedera parah..alamat ke lokap lah ko..jangan main-main sekarang dah ada akta!

Tuesday 21 April 2015

Lego vs tablet.....^_^

Permainan Lego memang sangat tak asing bagi budak-budak kan. tak kira ler beli yang brands original Lego or yang fake punya. sebut lego sume boleh imagine camana bentuk dia kan.Permainan Lego ni bagi jaa.. memang bagus untuk perkembangan minda anak. Lego boleh menjana minda atau pemikiran anak agar menjadi lebih kreatif.walaupun tablet menjadi gajet yang sinonim dengan kanak-kanak zaman kini.termasuk lah iman...bak kata tak lekang bijik mata,tak lepas dek tangan..gitu punya melekat, games la youtube la..tapi bila dah start main lego dia jadi asyik,buat robot laa..aeroplane la..submarine la..seronok tengok si iman ni ralit.kadang-kadang mak ngan ayah join skali..mak pandai buat menara,cantum sampai tinggi-tinggi hihihi.Sebagai mak pak kena pandai bahagikan permainan gadget dan alat mainan kedua-dua ada kebaikannyer dan keburukan.
 
nampaknye....sel-sel otak sedang berhubung..^.^
 
 
dah pandai tengok toys demo kat youtube..payah kalau anak dah advance,kalau iman start bukak youtube harus lari nyorok..atau buat busy kemas rumah...nak pulak lego kecik-kecik..mak belikan jugak laa..(dah asyik diulang-ulang >>mak..nanti belikan abang Lego macam ni skali dengan gaya-gaya.tak bole tahan..sayangkan anak..Lego aka LELE janji serupe ^.^
 
 
Lego kecik ni bapaknyer yang cantum-cantumkan..lenguh tengkok-tengkok.Last-last terberancai..bapaknyer angin jadi hulk kejap..
 
masa anak bermain adalah masa utk dia belajar sesuatu yg baru. biar dia explore sendiri. parents jgn cepat marah bila mana bersepah, cuma kita kena ajar dia, ''lepas main simpan semula''.Tapi selalunyeeeee..... x reti nak simpan balik dalam box, mak angin la jugak muahaha...jadi hulk mak kejap...acanerrrr :(
 

Thursday 9 April 2015

Sampul Surat yang KreaTif

Mungkin mengutus surat sudah ketinggalan zaman...yelah dengan teknologi dan gadget terkini. agak-agak dah pupus kot.teringat zaman sekolah,hantar surat kepada sahabat pena bagai..tapi yang meriah hari raya lah..bila dah pertengahan ramadhan pakat-pakat dengan sibuk mencari dan memilih-milih kad raya di kedai. Satu paket ada lima keping. Kadang-kadang enam keping. Bila bukak kat dalam tu ada mcm2 jenis dia letak; khas untuk bonda, kakanda, kekasih dan jugak sahabat. Ada yang gmbr kartun, gmbr masjid, gmbr ketupat dll. Harga dalam RM2 ke RM3.  Yang jual satu-satu mahal sikit. Haha... Kad raya yang ada musik tu, tengok dan telan air liur saja. cukup suka dgn kad yg ada musik tu. akan buka kad tu dgr musik lepas tu tutup balik. Tak puas lagi,ulang buka dan tutup balik hewhew..


Sebenarnya ada sebab buat n3 ni.Dapat idea nak hantar resume satu post ni.tapi nak seorang jer..mesti ramai yang mohon..idea kalu decorate sikit kat sampul tu...mana tau terpilih coz sampul yang ada deco deco bagai..kan,mesti gempak kan!! mesti orang nak pilih candidate tengok fuhh sungguh kreatif..yela post tu pun nak designer.

Ada la berkenan dengan design-design yang di internet ni.tengah mencari-cari ide..silalah scroll..






tapi ni yang terlalu fancy...mungkin macam ni ok kot...




just deco sikit kat tepi-tepi..harapan.. dalam banyak-banyak surat tu...surat saye buat hatinye tertarik untuk diambil hehehe..amin..post ini sangat-sangat diharap.kalu dapat alhamdulillah...kalu tidak dapat..mungkin bukan rezeki saye..tapi yang penting Usaha tuh!!..